Sunday, January 26, 2014

Pernah dengar latihan Fartlek tak?

Salah satu cara nak kuruskan badan, anda boleh cuba melakukan latihan Fartlek.

Ini salah satu senaman yang bukan sahaja boleh meningkatkan kecergasan badan, meningkatkan kadar degupan jantung tetapi boleh membantu dalam menguruskan badan.

Latihan ini dipercayai mampu meningkatkan keseluruhan kekuatan dan kecergasan anggota badan secara keseluruhan.

Mengapa dan bagaimana?

Salah satu contoh mudah untuk melakukan latihan fartlek adalah bermain polis dan pencuri. 

Anda pernah main tak permainan polis dan pencuri ini? Bahasa mudahnya, police entree want to jaga. Haa, itulah yang saya selalu main masa kecil dulu. Tak tahu pula saya dah mula mempraktikkan latihan fartlek ini sejak dari kecil. Tak hairan ketika kecil dulu badan saya cukup kurus. Susah nak gemuk. Bila dah kerja ni, barulah berat badan ni naik semacam aje macam dipam-pam.

Latihan fartlek adalah latihan yang dilakukan dalam keadaan yang berbeza. Maksudnya sudut fizikal tempat latihan itu dan jenis aktiviti yang dilakukan adalah berbeza. Ada kalanya kita kena berlari, ada masa kita kena berjogging, ada masa kita kena langkah besar, ada masa kita kena skip dan sebagainya.

Begitu juga dalam permainan polis dan pencuri. Polis akan kejar pencuri disegala genap ruang dan kawasan. Pencuri terpaksa lari. Lari lompat longkang, lari laju-laju, kena lari perlahan dan apply trik untuk mengelak dari ditangkap dan memperdayakan polis. Itu bukan satu tugas yang mudah. Dalam 1 minit boleh tercungap-cungap nafas dibuatnya. 

Jadi, anda juga boleh cuba untuk praktikkan latihan fartlek ini. 

Paling mudah, buat 4 hingga ke 6 stesen.

1. lari biasa
2. jogging
3.  lari pecut
4, jalan biasa sambil daki bukit.
5. langkah besar.
6. lari pecut.

Setiap stesen, buat dalam 3 minit. Buat dalam 1 kali aje dalam sesi latihan untuk permulaan.

Dah biasa nanti, baru leh tingkatkan kadar intensiti. Dari 3 minit ke 2 minit atau 1 minit bagi setiap stesen.

Itu sahaja.

Mudah bukan?

Oh ya, boleh cuba juga tips kuruskan badan dari Teknik Bakar Lemak Hafiz Wasa ini kalau berminat untuk bantu anda semua kuruskan badan dengan pantas.

--> Teknik Bakar Lemak Hafiz Wasa

Contoh latihan fartlek.


Ps: Pelik plak jumpa custom made sticker kereta masa gi jogging tadi.

Saturday, January 25, 2014

Tips kurus untuk orang perempuan.

Saya nak tegur sikit makcik-makcik.

Saya perasan bila saya berjogging pada waktu pagi atau waktu petang tak kiralah ditaman atau pun kat mana-mana sekalipun.

Lepas bersenam atau berjogging.

Elakkan ambil makanan berat atau makanan dalam jumlah yang banyak sebaik sahaja anda tamat berjogging atau bersenam.

Sebab anda akan jadi lebih gemuk.

Memang normal selepas bersenam atau berjogging, anda akan jadi lapar. Dan lebih teruk, saya lihat makcik-makcik yang berjogging ini, selepas sahaja bersenam akan lepak kat kedai makan. Terutamanya waktu pagi. Konon-kononnya nak breakfast. 

Tapi selamba sahaja melantak nasi lemak 2,3 bungkus dan juga makan berat melampau. Nasi penuh pinggan, lauk penuh pinggan dan siap order teh tarik lagi.

Celah mananya nak kurus wahai makcik-makcik sekalian.

Tips kurus untuk orang perempuan
Elakkan makan makanan berat selepas bersenam. Jaga pemakanan anda ketika anda sedang dalam diet atau dalam proses menguruskan badan.

Tak hairan, selepas setahun ini, saya masih nampak makcik yang sama kat taman tersebut. Bukan bertambah kurus, makin bertambah gemuk. Jadi, baca teknik bakar lemak Hafiz Wasa ini. Mudah-mudahan boleh membantu makcik-makcik semua.

Saya nak tegur, segan la pulak.

Takut dikatakan kurang ajar.

Wednesday, January 22, 2014

Dah kurus ke belum?

Usaha saya untuk menguruskan badan nampaknya agak membuahkan hasil.

Sekurang-kurangnya saya berjaya hilang 5kg dalam beberapa bulan ini.  Dan untuk maintain 5kg itu bukan mudah. Jika dulu berat saya antara 70-75 kg. Sekarang berat saya maintain antara 68kg - 70kg.

Kiranya, boleh tahanlah kan?

Takdelah saya rasa teruk sangat. Sebab saya tahu bukan senang nak maintain hilang 5kg tu.


Cara orang gemuk nak kuruskan badan.
Orang lain, saya tak tahu.

Ini usaha saya sendiri.

Kawal pemakanan, buat diet sikit-sikit dan rajin-rajin buat senaman.

Alhamdulillah.

Target baru, turunkan lagi 5kg. Berat ideal saya adalah 60kg - 64kg. Mudah-mudahan akan tercapai.

Rahsia saya?

--> Baca ini - Teknik Bakar Lemak Pantas Hafiz Wasa