Saturday, January 25, 2014

Tips kurus untuk orang perempuan.

Saya nak tegur sikit makcik-makcik.

Saya perasan bila saya berjogging pada waktu pagi atau waktu petang tak kiralah ditaman atau pun kat mana-mana sekalipun.

Lepas bersenam atau berjogging.

Elakkan ambil makanan berat atau makanan dalam jumlah yang banyak sebaik sahaja anda tamat berjogging atau bersenam.

Sebab anda akan jadi lebih gemuk.

Memang normal selepas bersenam atau berjogging, anda akan jadi lapar. Dan lebih teruk, saya lihat makcik-makcik yang berjogging ini, selepas sahaja bersenam akan lepak kat kedai makan. Terutamanya waktu pagi. Konon-kononnya nak breakfast. 

Tapi selamba sahaja melantak nasi lemak 2,3 bungkus dan juga makan berat melampau. Nasi penuh pinggan, lauk penuh pinggan dan siap order teh tarik lagi.

Celah mananya nak kurus wahai makcik-makcik sekalian.

Tips kurus untuk orang perempuan
Elakkan makan makanan berat selepas bersenam. Jaga pemakanan anda ketika anda sedang dalam diet atau dalam proses menguruskan badan.

Tak hairan, selepas setahun ini, saya masih nampak makcik yang sama kat taman tersebut. Bukan bertambah kurus, makin bertambah gemuk. Jadi, baca teknik bakar lemak Hafiz Wasa ini. Mudah-mudahan boleh membantu makcik-makcik semua.

Saya nak tegur, segan la pulak.

Takut dikatakan kurang ajar.

No comments:

Post a Comment