Sunday, January 26, 2014

Pernah dengar latihan Fartlek tak?

Salah satu cara nak kuruskan badan, anda boleh cuba melakukan latihan Fartlek.

Ini salah satu senaman yang bukan sahaja boleh meningkatkan kecergasan badan, meningkatkan kadar degupan jantung tetapi boleh membantu dalam menguruskan badan.

Latihan ini dipercayai mampu meningkatkan keseluruhan kekuatan dan kecergasan anggota badan secara keseluruhan.

Mengapa dan bagaimana?

Salah satu contoh mudah untuk melakukan latihan fartlek adalah bermain polis dan pencuri. 

Anda pernah main tak permainan polis dan pencuri ini? Bahasa mudahnya, police entree want to jaga. Haa, itulah yang saya selalu main masa kecil dulu. Tak tahu pula saya dah mula mempraktikkan latihan fartlek ini sejak dari kecil. Tak hairan ketika kecil dulu badan saya cukup kurus. Susah nak gemuk. Bila dah kerja ni, barulah berat badan ni naik semacam aje macam dipam-pam.

Latihan fartlek adalah latihan yang dilakukan dalam keadaan yang berbeza. Maksudnya sudut fizikal tempat latihan itu dan jenis aktiviti yang dilakukan adalah berbeza. Ada kalanya kita kena berlari, ada masa kita kena berjogging, ada masa kita kena langkah besar, ada masa kita kena skip dan sebagainya.

Begitu juga dalam permainan polis dan pencuri. Polis akan kejar pencuri disegala genap ruang dan kawasan. Pencuri terpaksa lari. Lari lompat longkang, lari laju-laju, kena lari perlahan dan apply trik untuk mengelak dari ditangkap dan memperdayakan polis. Itu bukan satu tugas yang mudah. Dalam 1 minit boleh tercungap-cungap nafas dibuatnya. 

Jadi, anda juga boleh cuba untuk praktikkan latihan fartlek ini. 

Paling mudah, buat 4 hingga ke 6 stesen.

1. lari biasa
2. jogging
3.  lari pecut
4, jalan biasa sambil daki bukit.
5. langkah besar.
6. lari pecut.

Setiap stesen, buat dalam 3 minit. Buat dalam 1 kali aje dalam sesi latihan untuk permulaan.

Dah biasa nanti, baru leh tingkatkan kadar intensiti. Dari 3 minit ke 2 minit atau 1 minit bagi setiap stesen.

Itu sahaja.

Mudah bukan?

Oh ya, boleh cuba juga tips kuruskan badan dari Teknik Bakar Lemak Hafiz Wasa ini kalau berminat untuk bantu anda semua kuruskan badan dengan pantas.

--> Teknik Bakar Lemak Hafiz Wasa

Contoh latihan fartlek.


Ps: Pelik plak jumpa custom made sticker kereta masa gi jogging tadi.

No comments:

Post a Comment